Saturday, 28 May 2011

Terjemahan Bacaan Dalam Solat

Khas buat teman seperjuangan dan saudara sesama islam...amalkan sebaiknya....lafazkan sebaiknya....

Apa yang membezakan islam dengan agama lain salah satunya adalah solat 5 waktu yang merupakan tiang agama bagi seluruh umat Muhammad S.A.W. 

- Allah Maha Besar

- Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diridan aku bukan dari golongan orang musyrik.
sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

- Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembahdan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

- Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

- Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

- Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

- Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

- Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

- Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

- Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

- Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Sekian….Wassalam……..

Friday, 27 May 2011

About Cakerewala Platform.

Cakerawala Platform ni adalah hak milik sepenuhnya Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd. (CHOC) terletak dikawasan Malaysian-Thailand Joint Development Area (MTJDA) dimana sempadan antara Malaysia dengan Thailand. Cakerawala Platform ni terletak di Block A-18(nak tau Block A-18 tu kat mana,korang refer la balik yang sebelum ni aku da state kan pasal MTJDA ni), lebih kurang 150 km North East of Kota Bahru dan lebih kurang 100 km South of the Bongkot Field yang sebelum ni dikenali sebagai (CTOC).


Platform ni boleh dikatakan baru lagi la siap pada tahun 2004 berbanding Platform lain di Terangganu contohnya yang dah hampir 30 tahun iaitu Platform hak milik Petronas.Biasa la name pun Malaysia-Thailand Joint Development Area.so kebanyakkan crew2 platform ni berasal dari Malaysia and Thailand la kan.





Sedikit info tentang Cakerawala Platform ni. Platform ni terdiri dari Cakerawala Processing Platform (CKP) as a main platform, Cakerawala Riser Platform (CKR), Cakerawala wellhead platforms A (CKA), B (CKB) and C (CKC), Bumi wellhead platform (BMA), Surya A wellhead platform (SYA), Bulan A wellhead platform (BLA), Puteri Cakerawala floating storage & offloading facility (FSO).



Terdapat 22 telaga gas telah ditemui dikawasan MTJDA dan dibahagikan kepada 2 block iaitu Block A-18,B-17 dan B-17-01 yang dioperasikan dibawah  Carigali PTTEP Operating Company (CPOC) dan Carigali Hess Operating Company (CHOC).

        Block A-18 (9 fields):
         Cakerawala
         Bulan
         Suriya
         Bumi
         Bumi East
         Senja
         Samudra
         Wira,
         Samudra North

 Block B-17 (10 fields):
         Muda
         Tapi
         Jengka
         Amarit
         Mali
         Jengka South
         Jengka West
         Jengka East
         Muda South

       Block B-17-01 (3 fields):

         Tanjung
         Jinda
         Andalas