Friday, 27 May 2011

New Born......

Satu lagi tangungjawab yang bakal diamanahkan kepadaku selaku abang kepada adik-adikku...

Jam 6.15 pagi pintu rumah aku digegarkan oleh bapak aku.Huh terkejut aku dari tidur.Apa kes plak nie lain macam je gayanye.Hati aku da mula xsedap.Dengan muka tak siap aku pun bangun bukak pintu."cepat mak da nak bersalin.jom ikut ayah pi hospital.bawa barang semua apa yang patut"aku dengan mamainye terus blur.dalam hati terpikir apa barang yang patut aku nak bawa?huh nasib mak aku..kalau bini aku x ke kene penampor dengan mak mertua aku.hak!.Ahh...bawa jela barang2 yg biasa orang bawa baju ke kain ke.

Sampai hospital alamak nurse,boleh tahan xpela uruskan mak aku dulu hakhak!tak kan nak ngorat muka tah air liur basi pun ada lagi.slumber je..hati masih xsedap lame da dr kul 7 am smp 10 am masih takde kabarnya..da besalin belum?laki ke ppuan?adoi....tiba2 dapat kol "Jom mak kene pindahkan ke hospital seberang jaya,ada masalah" aduh masalah apa plak nie..hati terus xsedap.Tapi jam da dekat pkul 11 am.Nak g solat Jumaat jap g.So aku amik keputusan untuk balik menunaikan apa yang patut dulu.Adik2 aku kat rumah tah da makan ke belum balik cari makan dulu untuk dorg.

Lepas selesai solat,Siapkan semua gerak terus ke hospital.Alhamdulilah... hari ini 27/5/2011 dengan izin ALLAH SWT ditiupkan 1 lagi roh ke dalam jasad hambanya dan lahir lah dia kedunia ini dan mendapat pangkat ke-5 sebagai adik aku.Seorang lelaki yang bakal bersaing dengan abg2 nya bila besar nanti.Dan aku berharap kecederaan bahunya semasa dilahirkan dapat sembuh sepenuhnya....Alhamdulilah ya ALLAH atas kurniaan engkau dalam keluarga ku ini dan aku berharap agar engkau menjadikan kami dikalangan hamba2mu yang sentiasa taat dan patuh pada perintahmu dan jadikanlah kami dikalangan anak2 yang soleh..amin...

No comments:

Post a Comment